Wednesday, December 26, 2012

cara membuat pudding cream caramel






bahan a:

5 biji telor
1 tin susu cair
3/4 cawan gula pasir
1/2 sdt vanilla
2 sdb tepung kastad ( kalau tak nak pun tak apa)
(boleh jugak jika mahu letak jagung berkrim)
1/2cawan air

bahan b:

3/4 cawan gula pasir untuk dibuat gula hangus

Caranya:

1. Gula dipanaskan di atas kuali dan kacau sehingga perang. Kena berhati2 kerana gula cepat hangus. Apabila nampak perang, cepat2 tutup apinya dan kacau lagi. Masukkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk.

2. Campurkan semua bahan A dan kacau sehingga rata. Masukkan ke dalam loyang dan kukus 40-60 mins. Apabila sejuk, masukkan ke dalam peti ais. Sedap dimakan sejuk.

selamat mencuba ,
xoxo
 © ♥ Original Profile & Official ♥ ®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌█║▌│█│
√ Verified Official by nur hidayah √

Tuesday, December 25, 2012

cara buat homemade marshmallow




1/4 cawan tepung jagung**
1/3 cawan confectioner sugar **
21 gm gelatin (gelatin Halalgel)
1/3 cawan air
2/3 cawan gula (boleh kurang kalau nak kurang manis)
1/2 cawan corn syrup (glucose syrup)
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla (boleh guna strawberry essence)
pewarna (hijau, merah, kuning, biru, ikut suka)

Cara-cara
Ayak tepung jagung bersama confectioner sugar, ketepikan buat sementara.

Satukan gelatin bersama air, biarkan terendam selama 5 minit. Kemudian masukkan gula, panaskan dengan api kecil sehingga gula larut.

Dalam bekas lain, satukan bancuhan gelatin tadi, corn syrup, vanilla, garam dan pewarna. Pukul dengan speed paling laju selama 15 minit.

Sediakan loyang 8x8 inci. Sapukan sedikit minyak, kemudian taburkan tepung jagung dan confectioner sugar tadi. taburkan pada dasar dan bahagian tepi loyang.

Tuang bancuhan ke dalam loyang, kemudian biarkan mengeras sehingga 2 jam.

Bila dah ready, potong dengan pisau basah ataupun terap dengan acuan yang telah dibasahkan dengan air.
Salutkan dengan lebihan tepung jagung dan gula tadi. Biarkan betul2 kering baru simpan dalam botol kedap udara.
 selamat mencuba , 
xoxo.
© ♥ Original Profile & Official ♥ ®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌█║▌│█│
√ Verified Official by nur hidayahf √

Sunday, December 23, 2012

how to make OREO CHEESECAKE :)





14 keping oreo ( kalau ada cream pun tak pe), di pecahkan dan dikisar halus. Campurkan dengan 2 sdb butter yang telah dicairkan. Gaulkan rata dan tekan dalam springfoam berukuran 8 inci. Bakar selama 10 min dan diketepikan.

Bahan A:
750g cream cheese
130g gula
Bahan B:
3 biji telor ayam

Bahan c:
200ml whipped cream ( yang dalam kotak tu)

Bahan d:
15 keping oreo di potong 4
1 sdt vanilla
1 sdb tepung jagung

Caranya:
1. Pukul bahan A hingga sebati dan kembang
2. Masukkan telor satu persatu dan pukul.
3. Masukkan whipped cream dan pukul lagi.
4. Terakhir masukkan oreo yang telah di belah
5. Gaul rata dan tuangkan kedalam acuan tadi.6. Boleh juga dihiaskan dengan Oreo di atas kek, dirikan biskut tu. Kalau dibaringkan susah nak potong...maklang baringkan , masalah nak potong!
6. Bakar secara ben marie , selama 50min. Selepas itu biarkan kek didalam oven selama 1 jam dengan pintu oven sedikit terbuka. Bila dan sejuk, masukkan kedalam peti ais selama 5 jam sebelum dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA ;)
XOXO,

© ♥ Original Profile & Official ♥ ®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌█║▌│█│
√ Verified Official by nur hidayahf √